CCTV online merupakan suatu teknologi yang masih baru namun ia telah menjadi pilihan orang ramai. Penggunaan CCTV online dapat memberi banyak manfaat kepada si pengguna.
Tetapi, masih ramai lagi orang yang tidak memasang CCTV online di rumah mahupun kawasan pejabat.
Oleh itu, kami akan menerangkan kepada anda beberapa kelebihan pemasangan CCTV onlineserta cara untuk anda menghubungkannya ke internet.
Teruskan membaca artikel ini untuk mendapatkan maklumat yang berfaedah!
5 Kelebihan Menggunakan CCTV Online
Di bahagian ini kami akan berkongsi kepada anda beberapa kelebihan jika anda menggunakan CCTV online.
- Memantau Anak
Sebagai ibu bapa, keselamatan anak-anak merupakan tanggungjawab dan juga perkara yang sangat penting dalam kehidupan anda.
Ramai ibu bapa biasanya meninggalkan anak mereka di rumah secara bersendirian atau dalam penjagaan orang lain semasa mereka bekerja.
Namun kita tidak akan tahu apa yang mungkin berlaku.
Dengan adanya CCTV yang boleh dipantau secara online, ini pasti dapat melegakan hati anda kerana anda dapat memantau tingkah-laku mereka dari tempat kerja.
- Boleh Diakses Dari Mana-mana
Satu lagi kelebihan yang sangat menarik adalah CCTV anda boleh diakses dengan mudah asalkan line internet anda stabil.
Dengan ini, anda boleh lihat rakaman CCTV online pada setiap hari supaya anda cakna akan keadaan sekeliling rumah.
Ini sangat bagus kerana anda tidak perlu risau untuk meninggalkan rumah sekiranya anda perlu menghadiri hal-hal tertentu.
- Dapat Melindungi Diri
Satu perkara yang tidak diingini untuk berlaku adalah terjadinya jenayah di kawasan kediaman mahupun pejabat.
Hal ini disebabkan kedua-dua tempat ini mengandungi banyak barang berharga seperti wang, barang kemas dan sebagainya.
CCTV online membolehkan anda untuk memerhati kawasan sekeliling rumah dengan lebih mudah.
- Memantau Penjaga Rumah
Bagi mereka yang mempunyai pembantu di rumah, CCTV online adalah pilihan yang bagus kerana anda boleh memantau tingkah laku mereka.
Mengapakah pemasangan CCTV online ini amat penting di rumah?
Ini disebabkan kita seringkali terdengar kes jenayah yang melibatkan pembantu rumah. Antara kes jenayah tersebut termasuklah kes mencuri dan penderaan kanak-kanak.
Selain itu, anda juga boleh memeriksa sama ada pembantu rumah tersebut menjalankan amanahnya secara baik ataupun tidak.
Dengan adanya kemudahan CCTV online ini, anda mempunyai rakaman sebagai bahan bukti yang kukuh jika terjadinya perkara yang tidak diingini.
- Memantau Pekerja
Pemasangan CCTV online di tempat kerja dapat memberi pelbagai manfaat kepada para majikan.
Jika anda merupakan boss sesuatu tempat kerja, anda disarankan untuk memasang CCTV untuk memastikan pekerja anda sentiasa menjaga tingkah laku.
Sebagai seorang majikan, anda pasti mahu memastikan beberapa perkara terjamin seperti:
- Pekerja-pekerja menjalankan tanggungjawab mereka secara berhemah sepanjang waktu bekerja
- Kawasan persekitaran pejabat adalah selamat
- Memastikan para pekerja tidak melakukan maksiat di tempat kerja
Cara Mengaktifkan CCTV Online
Pada bahagian ini, kami akan menerangkan beberapa langkah yang anda perlu ikuti untuk mengaktifkan CCTV online.
- Memastikan CCTV mempunyai kata laluan dan berhubung dengan Internet
Untuk langkah pertama, anda perlu meletakkan kata laluan supaya ia adalah selamat dan tidak boleh diakses oleh orang lain.
Caranya adalah seperti berikut:
Settings >> System Admin >> User >> Set Password
Selepas itu, anda perlu memastikan CCTV tersebut mempunyai sambungan internet. Anda boleh lakukan langkah ini seperti berikut:
Settings >> Fast Network / Network Setup
Jika anda menerima notis bahawa CCTV sudah berhubung dengan Internet, itu adalah tanda bahawa ia sudah boleh digunakan.
- Pastikan Mobile App Sambung Kepada CCTV
Langkah ini adalah mengikut aplikasi dan syarikat yang anda pilih untuk memasang CCTV online.
Mereka biasanya mempunyai aplikasi tersendiri dan anda perlu pastikan ia berhubung dengan CCTV anda.
Kebiasaannya, banyak aplikasi adalah mengikut cara yang berikut:
- Tekan ‘add recorder’
- Masukkan ID Cloud anda (ini boleh dijumpai di bahagian Fast Network / Network Setup)
- Masukkan kata laluan seperti langkah 1 di atas
- Tekan ‘save’
- Menghubungkan PC anda kepada CCTV
Anda juga boleh memilih untuk menyambungkan PC kepada CCTV. Langkah ini dilakukan supaya anda dapat melihat rakaman di CCTV dengan lebih jelas.
Langkah untuk perkara ini adalah seperti berikut:
- Anda perlu download software CCTV tersebut untuk memastikan ia boleh berhubung dengan CCTV kepunyaan anda
- Masukkan ID Cloud dan kata laluan seperti sebelum ini dan tekan ‘Login’
- Tekan ‘Connect all’ dan anda boleh menggunakan CCTV online!
Kesimpulannya, CCTV online merupakan pilihan yang sangat bagus bagi mereka yang ingin memastikan keselamatan rumah atau tempat kerja terjamin.
Jika anda mencari syarikat yang menawarkan servis pemasangan CCTV yang berkualiti tinggi dan harga yang kompetitif, anda boleh pilih FZH Technology!
Ini adalah beberapa sebab anda perlu memilih kami:
- Konsultasi Percuma
- Harga yang berbaloi
- Aplikasi henfon yang bagus
- Servis yang profesional dan bagus
- Jaminan 1 tahun untuk semua produk kami
Anda boleh terus ke laman web kami untuk maklumat lebih lanjut.
Pingback: CCTV Rumah Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Pasang