CCTV Rumah Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Pasang

cctv rumah

CCTV Rumah Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Pasang

Semakin ramai orang pada masa sekarang memilih untuk memasang CCTV rumah sebagai langkah keselamatan diri mereka dan ahli keluarga.

Ia merupakan satu cara yang sangat efektif dan tidak akan menyebabkan kos yang tinggi seperti yang dijangka oleh kebanyakkan penduduk di Malaysia.

Di dalam artikel ini, kami akan berkongsi kepada anda jenis-jenis CCTV yang ada serta mengapa anda disarankan untuk memasangnya di tempat duduk anda.

Teruskan membaca artikel ini untuk mendapatkan maklumat yang berfaedah.

Artikel Berkait

Adakah Kamera CCTV Tanpa Wayar (Wireless CCTV Malaysia) Memerlukan Internet?

Jenis-Jenis CCTV Rumah

jenis jenis cctv rumah

Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai jenis CCTV rumah yang boleh dipasang. Di bahagian ini, kami akan memperkenalkan beberapa pilihan kepada anda.

  1. CCTV Day & Night

cctv rumah day and night

Jika kawasan rumah anda merupakan kawasan yang mempunyai masalah, CCTV ini sangat sesuai kerana ia boleh digunakan dari pagi hingga ke malam.

Ini kerana ia direka untuk merakam dalam pelbagai cuaca dan cahaya. Dengan kelebihan filter infrared dalam CCTV, ia mampu untuk untuk menangkap pergerakan walaupun gelap jelita.

Jika terdapat apa-apa masalah pada waktu malam, maka anda tidak perlu risau kerana CCTV rumah ini boleh membantu anda.

  1. CCTV Dome Indoor

Bagi mereka yang ingin memasang CCTV di ruangan yang tertutup seperti di bilik-bilik, maka ini adalah pilihan yang sesuai.

CCTV ini dibuat khas untuk memantau kawasan yang tertutup kerana ia tidak tahan terhadap cuaca seperti pilihan kamera yang lain.

Wala upun ia hanya sesuai digunakan dalam rumah, ia dilengkapi dengan pelbagai fungsi yang menarik seperti infrared dan kualiti yang high-definition.

  1. IP Camera

Ini merupakan CCTV yang sangat menarik kerana pengguna boleh melihat secara langsung apa yang sedang dirakam oleh kamera itu.

Ini kerana ia dihubungi dengan Wifi rumah anda dan membolehkan anda untuk memasuki login untuk mengakses rakaman tersebut.

Anda juga boleh terus save rakaman tersebut atau hantar secara emel kepada ahli keluarga anda dari CCTV rumah ini supaya mereka juga dapat melihat terus rakaman itu.

  1. CCTV Dome Camera

cctv rumah dome camera
CCTV rumah yang seterusnya sesuai diletakkan di luar rumah kerana ia direka khas untuk bertahan jika cuaca teruk seperti hujan melanda kawasan tersebut.

Bentuk kamera ini juga membolehkannya untuk dilindungi dari cuaca matahari supaya ia dapat merakam tanpa masalah cahaya yang mungkin akan berlaku.

  1. CCTV Bullet Camera

Jenis CCTV rumah  ini juga sesuai diletakkan di luar rumah anda kerana ia juga mampu menahan daripada cuaca seperti CCTV Dome Camera.

Namun, ia mempunyai bentuk reka yang berbeza dengan pilihan sebelum ini dan sesuai diletakkan di mana-mana kawasan rumah anda.

Arikel Berkait

5 Kelebihan CCTV Online

Mengapa Anda Perlu Memasang CCTV?

Di bahagian ini, kami akan menerangkan kepada anda beberapa sebab anda disarankan untuk memasang CCTV rumah.

  1. Sebagai Langkah Keselamatan

Tugas CCTV yang terbesar adalah untuk memantau kawasan sebagai langkah keselamatan. Ini kerana semakin banyak kes-kes yang kita lihat di berita pada masa kini.

Anda juga boleh menggunakan CCTV untuk memantau orang di kawasan rumah anda kerana kita tidak kenal semua orang dan niat yang ada pada mereka.

  1. Untuk Keselamatan Keluarga

keselamatan keluarga

Anda juga disarankan untuk memasang CCTV rumah untuk menjaga keselamatan keluarga anda. 

Bagi mereka yang selalu outstation atau perlu meninggalkan kanak-kanak pada masa yang lama, anda boleh memantau mereka dengan bantuan CCTV.

Ini akan melegakan anda serta memastikan anda tahu jika anak anda dalam keadaan yang selamat.

  1. Untuk Mengelakkan Jenayah

Satu perkara yang sudah pasti anda ingin menjauhi adalah berlakunya jenayah terutamanya di rumah anda yang merupakan tempat yang sangat penting untuk dijaga.

CCTV merupakan satu langkah untuk membanteras masalah ini kerana kebanyakkan penjenayah tidak akan memilih rumah yang dilindungi kerana mereka risau ditangkap.

  1. Untuk Memantau Penjaga Rumah

cctv rumah untuk memantau penjaga rumah

Bagi mereka yang mempunyai pembantu atau bibik di rumah, CCTV merupakan pilihan yang bijak untuk memantau mereka.

Ini kerana kita lihat semakin banyak kes pencurian oleh pembantu yang terus lari dari rumah atau masih duduk tetapi tidak mengaku tentang aksi pencurian mereka.

Tambahan pula, kita juga sering lihat kes dera yang dilakukan oleh pembantu rumah kepada kanak-kanak. Jika berlaku, anda boleh menggunakan rakaman sebagai bukti.

Kesimpulannya, CCTV rumah merupakan satu pilihan yang sangat bagus untuk melindungi diri anda dan keluarga jika terdapat masalah.

Jika anda mencari syarikat yang menawarkan servis pemasangan CCTV yang berkualiti tinggi dan harga yang kompetitif, anda boleh pilih FZH Technology!

Ini adalah beberapa sebab anda perlu memilih kami:

  • Konsultasi Percuma
  • Harga yang berbaloi
  • Aplikasi henfon yang bagus
  • Servis yang profesional dan bagus
  • Jaminan 1 tahun untuk semua produk kami

Apa lagi anda tunggu? Anda boleh terus ke laman web kami untuk maklumat yang lebih lanjut.

Leave a Comment

Your email address will not be published.